Friday, September 27, 2013

MAJLIS PENUTUP BULAN PATRIOTISME 2013

Assalamualaikum semua, pada 23 Sept. Lalu telah diadakan majlis penutup sambutan bulan patriotisme di dewan sekolah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shafie.Persembahan deklamasi sajak oleh pemenang Tahap 1 iaitu adik Puteri Adriana dengan tajuk Tanggal 31.Seterusnya persembahan koir daripada murid Tahun yang merupakan johan koir bagi Tahap 1, deklamasi sajak oleh adik Nurul Najihah dari kelas Tahun 6 (johan Tahap 2).

Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna poster,melukis poster,sajak,nyanyian koir,keceriaan kelas turt dijalankan.

Majlis diakhiri dengan persembahan koir daripadaJohan koir Tahap 1 iaitu koir murid Tahun 6.

No comments:

Post a Comment