16 JAN. 2017 MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS ,PENGAWAS PSS,KETUA DAN PENOLONG KETUA DARJAH

Thursday, February 21, 2013

SEJARAH SEKOLAH


Pada tahun 1943,Sekolah Melayu Chenderahtelah didirikan oleh penduduk  secara bergotong-royong, semasa zaman pemerintahan Jepun. Allahyarham Datuk Penghulu Dora dan  Datuk Sidang Mat Tan telah mengetuai kerja-kerja membina bangunan tersebut.


  Bangunan asal sekolah ini diperbuat daripada kayu dan atap rumbia. Bangku dan meja panjang digunakan dalam pengajaran. Guru yang bertugas ketika itu ialah Cikgu Tamin bin Haji Jumat dan Cikgu Sulaiman bin Bujal.


  Akibat dari Perang Dunia Kedua menyebabkan sekolah ini ditutup Buat seketika dan dibuka semula pada tahun 1946 . Guru Besarnya ialah Cikgu Ahmad bin Abdul Majid . Bangunan yang dibina secara gotong -royong itu kian hari semakin uzur dan tidak sesuai lagi dengan keadaan.Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu bapa dan Guru serta Jabatan Pendidikan Negeri berusaha untuk menggantikan bangunan tersebut .


No comments:

Post a Comment